Tuesday, June 1, 2010

Warisan PERSAHABATAN Malaysia

Salam Perjuangan
Mukadimah

Salam ukhwah, ranting seputih ranting Keramat, Simpang Tiga Kampung Baru rumah beradab. Tujuh petala langit diriku diangkat kesaksian, tujuh petala bumi diriku langkah, sembilan simpulan satu diriku berdiri gah, satu ikatan sembilan kebolehan, sembilan simpulan satu aku berhajat taat, tiga simpulan satu aku tunduk hormat. Salam salam keramat, salam ukhwah salam bersahabat,gersang bumi kerana panas, gersang langit kerana mendung, gersang manusia kerana jahil, gersang diri kerana tiada kejujuran, gersang hati kerana hilang hidayah, gersang akal kerana hilang tawakkal, yang datang gersang nafsu, tenggelam dalam diri sendiri ingat ingat sahabat aku. Darah bangsa kita jangan di alirkan, maruah bangsa kita jangan di cemarkan, tanah air kita pertahankan, ini dunia, tiada siapa yang tahu kejadian mendatang, anasir luar meluas tanpa di sedari, bangsa melayu masih lalai lagi, ingatkah kata pemimpin kita pejuangan belum berakhir benar!!! sana sini darah sendiri jatuh ke bumi, bangsa asing tepuk berdiri, maruah bangsa kita dilelong orang sendiri, Fahamilah Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (SAHABAT) ditubuhkan bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai persahabatan yang kuat di kalangan rakyat yg beragama Islam di Malaysia.Penubuhan PERTUBUHAN WARISAN PERSAHABATAN MALAYSIA (SAHABAT) diharapkan dapat mengeratkan persahabatan di antara masyarakat melayu khususnya BELIA-BELIA ISLAM di seluruh tanahair.(SAHABAT) yang beroperasi di Taman Permata dan Kampung Baru, Kuala Lumpur telah diluluskan penubuhannya pada 11 April 2005. Kini ia sudah mengumpul lebih 180 000 ahli dari seluruh Malaysia.Menurut Ayahanda Paduka Syed Husain Syed Mansur Al-Shahab (Presiden SAHABAT) : "Idea penubuhan SAHABAT tercetus berdasarkan semangat perpaduan di kalangan masyrakat melayu Islam dan ternyata ia perlu diperkukuhkan lagi.Selain kerajaan, perlu ada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha ke arah itu. "Kelebihan menyertai Sahabat ialah dapat menjalin perhubungan dan kemesraan sebagaimana seorang sahabat. Jadi kehidupan itu akan jadi lebih selesa," katanya. Dalam arena politik, Ayahanda Paduka Syed Husain Syed Mansur Al-Shahab adalah Timbalan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Setiawangsa. Beliau juga adalah Pengasas Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuala Lumpur dan Selangor, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ayahanda, Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) bagi Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya dan beliau juga adalah Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Kedah Bagi Negeri Selangor/Kuala Lumpur (NADA) dan Ahli Badan Amal dan Kebajikan Mesra Kuala Lumpur (AMAL MESRA) dan Presiden Persatuan Syed & Syarifah Malaysia.Beliau juga aktif dengan kerja kebajikan dna program-program belia. Antaranya membantu mangsa tsunami di Kota Kuala Muda, Negeri Kedah Darul Aman dan mangsa kebakaran di Kampung Baru , Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, beliau bergiat aktif di dalam perniagaan perabot. Menurut Ayahanda Paduka Syed Husain Syed Mansur Al-Shahab, nama Sahabat menjadi pilihan kerana ia bermaksud "kawan yang paling rapat dan boleh bertolak ansur serta bertimbang rasa". Ia adalah satu-satunya PERTUBUHAN di Malaysia yang memberi banyak manfaat dalam memperjuangankan Agama,Bangsa & Tanahair kita. Pertama kalinya Salam Perkenalan kepada para pengunjung Website Rasmi "Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia" ( SAHABAT ) sekalian.Tujuan pembinaan Website ini adalah sebagai langkah mengeratkan ukhwah sesama ahli ( SAHABAT ) disamping sebagai madah anda memperolehi perkembangan terkini serta bertukar-tukar pendapat mengenai senario Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (SAHABAT) amnya..

Semoga "PERTUBUHAN WARISAN PERSAHABATAN MALAYSIA" ( SAHABAT ) dan Anak-anak KAMPUNG BARU dulu dan kini khususnya sentiasa kuatkan ikatan ummah dan maju selamanya,Insyallah.